Pisang Penyembuhkan Penyakit Angin Amar atau Stroke

strok_pembunuh_no_4_negaraStroke merupakan suatu penyakit yang sering dijumpai di masyarakat modern sekarang ini.  Terutama di Asia dan yang sangat menrisaukan ialah hanya 10% sahaja yang sembuh atau pulih dari penyakit strok.

Kesan penderitaan penyakit strok atau angin amar ini bukan hanya di hadapi oleh pesakit, malah di kalangan keluarga khususnya, polar kehidupan keluarga mula berubah dan yang menjadi lebih parah lagi apabila tonggak atau ketua keluarga menhadapi penyakit strok ini.

Secara tak langsung beban emosi mula timbul dan seterus sangat menpegaruhi sistem kewangan kita.

Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
 Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?stroke-adv1
  •   Umur – peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
  •   Jantina – Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
  •   Sejarah keluarga – Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yangmmenghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Faktor Penyebab penyakit Strok/Angin Ahmar :

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  •  Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  •  Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan – kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras – minum minuman keras yang berlebihan

penyakit strokeTanda-Tanda Serangan Penyakit Strok/Angin Ahmar

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  •  Sukar menelan

 

 

Penyakit Strok/Angin Ahmar Terbahagi kepada:

1.Thrombotic/ischaemic stroke

  • Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.

2.Haemorrhagic stroke

  • Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakan Penyakit Strok/Angin Ahmar Boleh Di Rawat..?Ternyata-Buah-Pisang-Dapat-Menjegah-Penyakit-Stroke-300x234

  • Pencegahan Awal Dapat Di Lakukan
  •  Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat

Adakah Penyakit Stroke/Angin Ahmar Dapat Di Elakan..?

  •  Kawal tekanan apat darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras

4 thoughts on “Pisang Penyembuhkan Penyakit Angin Amar atau Stroke

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s